pesan mama dan ibu..

masih terbayang lagi mama menangis teresak-esak selepas selamat sarah diijabkabulkan.. tak boleh bayang perasaan mama yang dalam masa seminggu, dua orang anak perempuannya selamat menjadi isteri.. :)

tapi, apa yang mama baba cakap?

“we’re not losing 2 daughters, in fact, we’re gaining 2 more sons!”

Subhanallah…

Alhamdulillah.. segala urusan Allah permudahkan. revolusi yang berlaku kat mesir hari tu, banyak sangat hikmahnya. dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita semua. kalau ikutkan perancangan asal, entah sempat entah tidak untuk buat segala persiapan kahwin. rupanya banyak jugak benda yang perlu dibuat, ingatkan mudah je.. :)

banyak yang mama baba pesan kat sarah and maryam.. tak lupa juga pesanan suruh jaga anak-anak dia dengan baik kepada menantu-menantu.. :)

ibu dan bapak juga banyak berpesan. dan antara yang ibu pesan waktu ‘couch-talk’ kami satu malam tu..

“jadikan dakwah aim utama dalam hidup.. dalam apa jua perkara yang kita nak buat”.

dalam kad hari lahir yang ibu hadiahkan waktu birthday hari tu, ibu tulis:

‘Jadilah isteri dan anak yang solehah. Jadikan pernikahan ini satu anugerah dari Allah, medan untuk menambah ilmu, iman dan amal. Bercita-citalah untuk melahirkan keluarga du’at insyaAllah..’

Alhamdulillah, Allah telah mempertemukan ikatan keluarga kami berdua. dan hanya Allah sahaja yang mampu melakukannya..

tidak salah berdo’a dari sekarang kepada mereka yang masih bujang. do’alah sekali supaya dapat keluarga dan mertua yang baik. tapi sementara menunggu, eloklah jika masa yang ada diisi dengan menyiapkan diri dan bermuhasabah. masa itukan kehidupan~ rugi jika dibazirkan dengan bermain-main cinta yang merosakkan.

Jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang mendo’akan.. semoga Allah memelihara kita semua dalam RahmatNya.. ameen.

Advertisements