Tetamu itu

بسم الله الرحمن الرحيم

Mari kita fikirkan sejenak,

bagaimanakah lagak seseorang yang bakal menerima tetamu?

cuba kita bayangkan kalau kawan sekelas atau juniors kata nak datang ziarah… kelam-kabut juga dibuatnya. lagi-lagi kalau sarah.. :) debarnya lebih~

sebab apa? sebab semestinya kita nak pastikan rumah kita tersedia rapi.. kalau ada yang bersepah, segera dirapikan.. kalau ada yang tak bersapu, disapu licin siap bermop lagi kalau boleh.. kalau sempat sediakan makan, cepat-cepat dibuat.. baju rumah yang kita pakai pun ditukar kepada baju yang lebih sesuai, cantik dan menutup aurat. bukankah begitu??

segala persediaan yang kita buat tadi tu, untuk menerima kedatangan tetamu tersebut, agar dia lebih selesa dan gembira bertandang. kita sebagai tuan rumah pun berasa puas hati dan gembira menerima kunjungan tersebut. tetamu kan membawa rahmat.

ermm…

begitu juga dengan bulan yang bakal tiba…

bulan yang selalu orang gambarkan sebagai tetamu yang agung.

kadang-kadang sebagai madrasah.

walau apa pun.. kita perlu sedar yang kedatangan bulan yang dianggap tetamu ini, menuntut kita untuk membuat persediaan.

Persediaan fizikal, mental dan spiritual.

mari kita memperbanyakkan solat sunat, bacaan Al-Quran dan bertaubat..

kalau masih ada dalam mutabaah harian yang masih lompong dan belum dimantapkan, kita mantapkan sama-sama.

kalau masih ada karat-karat jahiliyah yang masih melekat, kita cuba kikiskan.

kalau ada maksiat yang kita lazimkan, segera muhasabah dan cuba sedaya-upaya untuk tinggalkan dan doa banyak-banyak supaya Allah bantu kita untuk meninggalkannya.

supaya kelak kita mampu melangkah ke bulan baru dengan langkah yang kemas dan diri yang sedia dilatih dan ditarbiyyah oleh bulan yang penuh keberkatan ini.

ya Allah.. terimalah usaha kecil kami untuk mendekatkan diri lagi kepadaMu.

tips:

  1.  jom kita buat list doa atau hajat yang kita nak doa sepanjang bulan ramadhan..
  2. tak lupa juga list perkara yang kita nak capai sepanjang bulan Ramadhan nanti..
kalau ada yang nak menambah tips atau peringatan, bolehlah kongsi.. :)

!!حيا تقرب الى الله

Advertisements

About SarahR

a servant of Allah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s