Mana satu Ramadhan anda?

Alhamdulillah, Allah sampaikan kita ke Ramadhan tahun ini. Semoga kita tidak putus dalam berusaha ke arah menjadikan Ramadhan ini, Ramadhan yang terbaik dalam hayat kita setakat ini, kerana tiada seorang pun di kalangan kita, yang mampu menjamin bahawa dia akan dapat bertemu dengan Ramahdan tahun hadapan.

Saya sekadar ingin membawa satu persoalan, bagaimana agaknya Ramadhan anda pada tahun ini akan dilalui? Adakah seperti Ramadhan para sahabat yang kesannya bertahan sehingga 6 bulan selepas Ramadhan, dan kemudiannya mereka lantas menyiapkan diri untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang, seawal 6 bulan juga. Atau adakah Ramadhan kita berlalu dgn sia-sia? Ayuh ikhwah dan akhawat sekalian, kita cuba sebaik mungkin untuk mencontohi para Sahabat Radhiallahu ‘anhum dan Nabi Muhammad s.a.w.

Atas dasar inilah, saya nak ajak sahabat2 agar menghayati lirik lagu The Zikr; Ramadhan 2 Zaman. Mendalam maksudnya, menyentuh kalbu. Moga Ramadhan kita, Ramadhan yang menjadikan para sahabat dan Baginda s.a.w. sebagai qudwah, bukan Ramadhan yang disia-siakan, lantas menjadi haprak dan tidak bernilai.

 

Ramadhan,satu nasib tak serupa,
peluangnya sama, natijahnya berbeza.

Ramadhan mereka, gemilang cemerlang,
mukmin berjasa di awal zaman,
ramadhan kami malam terbuang,
muslim berdosa di akhir zaman.

Mereka gembira krn kedatanganmu,
kami gembira dgn pemergianmu,
malam mereka menyinar disimbah nur al-quran,
tp malam kami bulan bertemu dengkur.

Mereka berlumba mengejar maghfirah,
tp kami, nafsu diburu nafsu,
hati mereka bercahaya digilap taqwa,
jiwa kami gelap didera dosa.

Takbir mereka takbir kemenangan,
hadiah mujahadah sebulan ramadhan,
takbir kami lesu tak bermaya,
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga.

 

Ya Allah, kau bantulah kami ke arah memanfaatkan Ramadhan ini sebaiknya, Kau masukkanlah kami ke dalam golongan yang sedikit, golongan yang bertaqwa kepadamu dengan sebenar-benar taqwa, yang dijanjikan dengan balasan syurgaMu di akhirat kelak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s