Cinta itu daripada Allah Ta’ala

بسم الله الرحمن الرحيم والصلاة والسلام على رسول الله

Ramadan hadir membawa pelbagai perasaan, kenangan dan memori.

kalau mereka yang belajar di mesir, pasti merasai kemanisan Ramadan dan indahnya berpuasa di bumi anbiya’ ini.. jauh berbeza berbanding Malaysia.

Ramadan kali ni, tak lagi di Shatby. kalau dulu merasa juga solat tarawih di Game’ Ibrahim yang jema’ahnya melimpah ruah sampai penuh jalan-jalan di sekitarnya. bagaikan lautan manusia.. atau kadang-kadang nampak macam semut-semut ketika bertebarannya manusia untuk pulang setelah selesai solat bersama. naik tram yang lazimnya seperti kura-kura tu terasa bagai siput! hehe.. kadang-kadang lebih selesa berjalan kaki je balik, rumah Shatby tak berapa jauh pun.

Walaupun solat kali ni di masjid yang dekat sahaja tapi Alhamdulillah, hikmah Allah tetap ada dan sarah nak kongsikan beberapa mutiara yang sempat dikutip untuk manfaat bersama insyaAllah.

antara 4 raka’at tarawih dan 4 raka’at seterusnya ada seorang akhawat arab yang bangun memberi tazkirah, mula-mula terkejut juga, macam marahkan seseorang.. tapi rupanya dia sedang memberi tazkirah dengan penuh lantang dia bersuara, laju sungguh tapi sempat sarah tangkap 2 hadis yang dikongsikan. atau mungkin yang membawa erti yang sama dengan apa yang telah dikatakan.

Hadis Cinta itu daripada Allah SWT.

عن أبي هريرة ـ رضي الله عنه 
قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “إن الله إذا أحب عبداً دعا له جبريل، عليه السلام، فقال: إني أحب فلانا فأحبه، قال: فيحبه جبريل، ثم ينادي في السماء فيقول: إن الله يحب فلانا فأحبوه، فيحبه أهل السماء، قال: ثم يوضع له القبول في الأرض

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, daripasa Nabi s.a.w, Baginda bersabda : “Apabila Allah mencintai seseorang hamba, Dia menyeru Jibril: “Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah kepadanya.” Lantas Jibril mencintainya, lalu Jibril menyeru di kalangan penghuni langit: “Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah kamu semua kepadanya.” Lalu semua penghuni langit mencintainy. Kemudian diletakkan untuknya penerimaan di kalangan penduduk bumi.” Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan al-Bazzar.

Hadis ni pernah kami serumah (bait ulfah) baca bersama ketika sharing malam-malam kami dari kitab Al-Adab- himpunan hadis-hadis adab dalam Islam. di sini sarah sertakan sekali huraian berkenaan dengan hadis ini.

Al-Bazzar meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda:

Tiada mana-mana hamba melainkan dia ada reputasi di langit. Jika reputasinya baik, ia diletakkan di bumi, Jika reputasinya buruk, ia juga diletakkan di bumi.

Melalui sanad Suhail daripada bapa beliau, at-Tarmizi dan Ibnu Abi Haitam menambah selepas lafaz di atas:

Kemudian Rasulullah s.a.w membaca firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَيَجْعَلُ لَهُمُ الرَّحْمَٰنُ وُدًّا   -سورة مريم ٩٦

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan yang Maha Merahmati akan menjadikan untuk mereka kasih sayang (antara mereka. Dengan kasih sayang itu, mereka saling berkasih sayang dan mencintai, serta mereka dikasihi Allah).

Muslim pula menambah dalam riwayat beliau:

Apabila Allah membenci seseorang hamba, Dia memanggil Jibril: “Sesungguhnya Allah membenci si fulan, oleh itu bencilah kepada dia.” Lalu Jibril membencinya. Maka Jibril menyeru di kalangan penghuni langit: “Sesungguhnya Allah membenci si fulan, oleh itu bencilah kepada dia.” Lalu semua penghuni langit membencinya. Kemudian kebencian kepadanya diletakkan di bumi.

Pengajaran yang menarik:

1) Allah memanggil hamba yang dicintaiNya dengan NAMAnya sendiri! sangat spesifik! dan bukan sekadar menyebut pangkat, jawatan atau pekerjaannya di dunia. dalam kita bergaul sesama manusia, memanggil seseorang dengan namanya sendiri menunjukkan keintiman.. mencipta ‘bonding’, malah dengan ‘patient’ sekalipun.

2) Kasih sayang dalam hati manusia adalah tanda kasih sayang Allah- kemahuanNya untuk memberi kebaikan pahala kepada hambaNya. Kasih sayang malaikat pula ialah mereka memohonkan ampun untuknya, mahukan kebaikan untuknya di dunia dan akhirat. dan kasih sayang hamba-hamba Allah kepadanya ialah kepercayaan baik mereka kepadanya dan kemahuan untuk menolak keburukan daripadanya.

3) maksud penerimaan yang disebut ialah penerimaan terhadap hamba tersebut dengan kasih sayang, kecenderungan hati dan keredhaan kepadanya

4) cinta terbahagi kepada 3:

  • cinta ketuhanan – Cinta Allah kepada hamba
  • cinta rohani – Cinta para malaikat kepadanya
  • cinta semula jadi – Cinta para hamba kepada hamba tersebut

5) Pentingnya doa dan membersihkan diri dengan istighfar , beramal soleh dan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan taqwa diri dalam hidup.. supaya kita menjadi hamba yang dicintai Allah.

6) Sebelum kita mencari cinta manusia, kita perlu cari Cinta Allah dahulu.. ;)

اللهم أني أسألك حبك وحب من يحبك وحب عمل يقربنى إلى حبك  

ada lagi satu hadis yang ukhti tu kongsi.. berkenaan kemurahan rezeki dengan sebab silaturrahim. sarah sambung lain kali insyaAllah.. :)

rindu sharing serumah kita dulu-dulu dengan shifa (mama), taqiah (kakak) dan afifah (nunu).. :) uhibbukum fillah~  <3

Advertisements

About SarahR

a servant of Allah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s