kelas pukul 9

pagi tadi pagi yang istimewa. sejak semalam lagi sarah giat merancang perjalanan hari ni.

bangun pagi sesudah subuh, nak pergi jogging kat tepi pantai. sebelum tu, kena keluarkan dan rendam isi ayam untuk dibuat nasi goreng. keluarkan siap-siap sebab balik dari jogging, nak terus masak nasi goreng untuk sarapan dan untuk bekal tengahari. lepas tu siap-siap terus untuk ke kelas dan keluar rumah pukul 8:30 pagi! tak boleh lewat untuk kelas pukul 9 sebab pagi ni kelas Prof Nahed yang garang! GULP!

pengalaman berada dalam kelas dia mengajar hari tu cukup untuk memotivasikan kami untuk keluar awal kali ni. ‘late-comers’ dicemuh, diletakkan di belakang kelas dan tidak diendahkan.. sampailah kami buktikan kat dia yang kami tidak ‘lazy’ dan ‘not-motivated’ seperti yang dikatakan.

dan akhirnya pagi tadi, kami keluar pukul 8:35 pagi. 5 minit lewat daripada yang dirancang.

sampai ke seberang jalan untuk menunggu tramco (van awam), satu-satu tramco berlepas laju. yang berhenti pun, bukan nak ke mansyiyyah. adoiii… berat ni, berat. Prof Nahed nanti marah! kalau ada pun lepas tu yang berhenti semuanya penuh. dan akhirnya bila dapat naik, ada 10 minit je tinggal sebelum pukul 9. SAH tak lepas nak sampai kelas tepat pada masanya, lebih-lebih lagi ‘traffic jam’ kat mesir yang menjadi-jadi sejak naik tahun 6 ni.

dalam tramco yang asyik pula berhenti menurun dan menaikkan penumpang, sarah berhenti risau dan berfikir sejenak.

sarah bisik kat suami di sebelah..

“agaknya… niat kita salahlah.. kita punyalah nak datang kelas awal sebab takutkan Prof tu, bukan sebab memang kita nak pergi awal ke kelas. dan Allah uji kita macam ni. kita tak cukup ikhlas.”

terdiam lagi.

“kita kena banyak-banyakkan istighfar ni…”

sungguh, rasa sedih dan insaf.

selagi niat dan keikhlasan tidak padu dan mantap… Allah pasti akan uji.

walau kita merancang sekalipun, tapi untuk hadaf yang lain, tidak menyertakan redha Allah dan lebih mencari redha manusia..

Allah kembali mengingatkan yang Allahu A’la ‘ala kulli syai-in. Allah itu lebih tinggi daripada segala benda.

Prof Nahed garang, tapi semangat mengajarnya sangat tinggi. daripada banyak-banyak kelas family medicine yang sarah pergi, kelas dialah yang paling difahami, interaktif dan menarik.

hikmah itu perlu dicari.

dan ujian perlu dimaknai..

ikhlas?

.

.

.

tadabur lah sendiri…

kenapa agaknya surah Qul huAllahu Ahad dinamakan Al-ikhlas walaupun takde kalimah ikhlas pun di dalamnya.. ?

 

 

 

 

 

Advertisements

About SarahR

a servant of Allah

One thought on “kelas pukul 9

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s