usrah

“usrah adalah halaqah yang ada ukhuwwah dan tarbiyyah.”

“manakala halaqah ialah usrah yang tiada ukhuwwah dan tarbiyyah.”

perkataan usrah tu sangat mendalam maksudnya.

dan kenapa ianya dipanggil usrah? kembali kita melihat maknanya… ‘keluarga’.

dalam keluarga, kita dididik.. bukan sahaja diajar.

dalam keluarga, tercipta ikatan yang kuat. saling mengambil berat.

dalam keluarga, kita belajar menerima teguran.

dalam keluarga, kita ikhlas memberi.

kita punya tanggungjawab.

ia adalah ‘support system’ kita yang utuh. ampuh.

bila kita pulang ke keluarga, kita rasa selamat. tercas… bahagia. senang.

orang kata.. bila kita berukhuwwah kerana ‘Dakwah’, ikatan tersebut sangat kuat..

pernah rasa?

perbualan berkisar tentang usaha untuk mencapai redhaNya sahaja. kerja yang tak pernah selesai. tiada masa kosong. setiap perkataan adalah tentang bagaimana nak memartabatkan Islam tu kembali. tiada apa yang tersia. Subhanallah..

ikatan yang lebih kuat daripada ikatan persahabatan atas dasar minat yang sama, kampung yang sama, sekolah yang sama.. dasarnya adalah kecintaan yang satu, ke arah Cinta Allah dan Rasul..

dan orang kata.. bila kita cinta kerana Allah, sumber kasih sayang tersebut ialah Allah.. sumber yang tak akan putus. terus mengalir.

seperti dakwahNya yang takkan putus, terus menyuburkan apa yang ada di sekelilingnya.. tenang dan akhirnya mampu mengubah keadaan tanah semulajadi secara berdikit-dikit.

cinta yang kutemui bermula dengan usrah.

dan terus, ku mahu belajar berdakwah.

Advertisements

About SarahR

a servant of Allah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s