Demam

Semalam tengah hari Amru demam kali kedua. tiba-tiba je panas anak ummi ni.. dah terasa panas dah waktu program Munajat Mesir semalam tapi ingatkan sebab keadaan dewan yang panas. malam semalam sampai je rumah dari rumah ibu terus main-main dan nampak sihat. tapi tiba-tiba tengah malam mula panas balik Amru.. setiap sejam setengah bangun dari tidur untuk menyusu dengan lahapnya sampai termuntah sebab sendawa. dehydrated agaknya. Alhamdulillah, he still have the appetite.

Hari ni bukak fb terperasan satu post, info tentang anak demam. macam menarik untuk dikongsikan dan dijadikan rujukan masa depan.

***

[ INFO ANAK DEMAN]

Sila baca….sila baca.. x rugi pun mummy….

Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

•Bila selsema …tetap mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku…. anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.

•Batuk….tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

•Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

•Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ….

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

***

cepat-cepat baik ye amru!

Advertisements

About SarahR

a servant of Allah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s