Demam

Semalam tengah hari Amru demam kali kedua. tiba-tiba je panas anak ummi ni.. dah terasa panas dah waktu program Munajat Mesir semalam tapi ingatkan sebab keadaan dewan yang panas. malam semalam sampai je rumah dari rumah ibu terus main-main dan nampak sihat. tapi tiba-tiba tengah malam mula panas balik Amru.. setiap sejam setengah bangun dari tidur untuk menyusu dengan lahapnya sampai termuntah sebab sendawa. dehydrated agaknya. Alhamdulillah, he still have the appetite.

Hari ni bukak fb terperasan satu post, info tentang anak demam. macam menarik untuk dikongsikan dan dijadikan rujukan masa depan.

***

[ INFO ANAK DEMAN]

Sila baca….sila baca.. x rugi pun mummy….

Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

•Bila selsema …tetap mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku…. anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.

•Batuk….tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

•Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

•Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ….

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

***

cepat-cepat baik ye amru!

Advertisements

Time flies

Amru is 7months old today.
How time flies fast!

Teringat talk dr seorang syeikh yang cerita tentang dajjal bilamana ia keluar, hari yang mendatang rasa panjang, keesokannya lebih panjang dan sampai sehari rasa setahun! Macam tak percaya je tapi benar, kena percaya.
Sambung syeikh tu kalau kita orang Islam masih hidup, perlu terus solat pada waktunya. Macamana agaknya, jika dinisbahkan sehari kepada setahun. Lama sungguh nak tunggu waktu solat seterusnya..
Mungkin waktu tu je nanti kita akan rasa masa berjalan dengan lambat sekali.

Every minute counts and is accounted for.

*Being a stay-at-home wife and mother can easily make me tangled and caught up in time.*

SOLAT pada awal waktu, dengan khusyuk dan sempurna.. Mungkin akan menambahkan keberkatan masa yang ada.

Jaga solat untuk lebih disiplin dengan masa.

untukmu ukhti

untukmu ukhti,

kata-kata penguat jiwa, pemupuk kasih, pengubat rindu.. :)

ku tahu, tugas sebagai pelajar, besar dan berat dirasa. lagi-lagi kita punya cita-cita, bukan hanya segulung ijazah, bahkan buat ummah tercinta!

masa. memang takkan pernah ia menyebelahi kita. puas macam mana pun kita mengejarnya, tetap ia akan berlalu, membiarkan kita dalam sendu, mengharap sesaat dua lagi ia bertamu.

masa. bukankah ia juga makhluk? bukankah Allah penciptanya? makhluk yang taat beredar, berputar dan berjalan. terus berjalan hingga saat terakhir Allah izinkan.

Allahlah pemiliknya.

Allahlah pemegangnya.

maka pintalah pada penciptanya untuk berikan kita keberkatannya. keberkatan masa buat kita rasa cukup. cukup untuk kita berusaha.

usah dirisaukan banyaknya buku perlu dibaca, banyaknya nota perlu diteliti, banyaknya yang belum difahami! tapi teruskanlah melangkah, walau satu-satu.. akan jadi seribu..

khusyuklah dalam solatmu, insyaAllah kau akan khusyuk juga ketika belajar.

tekunlah dalam doamu, insyaAllah kau akan bina tawakal padaNya.

susahnya sekarang, membina sabar untuk susah akan datang.

mendidik diri menghadapi nanti, yang tidak pasti.

kita akan berterima kasih pada ujian hari ini yang buat kita terus berusaha untuk hari esok!

semoga Allah memeliharamu, niatmu, qudratmu, dan diberi segala kekuatan, dijauhkan dari segala kerisauan.

doaku dari jauh, disisipkan khas untukmu ukhti..

berlarilah. seketika berhenti me’refresh’ diri, membasahi tekak dan hati. kemudian teruslah berlari.

sampainya waktu, kau akan sampai ke titik akhir. tak perlu lagi berlari. cuma masa untuk menikmati di jannatul Firdausi.

 

Sesiapa yang membacanya (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falq dan Surah An-Nas)  sebanyak tiga kali diwaktu pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala sesuatu.” (HR. Abu Dawud no. 4419, An Naasaa’i no. 5333, dan At Tirmidzi no. 3399)

Kembali menulis!

Lamanya tak update blog. Dalam tempoh setahun lebih, sempat graduate, bersalin dan dah besar pun amru, si buah hati pengarang jantung. Sampai dia dah tumbuh gigi dan banyak membebel, belajar membuat bunyi :-)

Sekarang sarah masih belum kerja, plannya nak tunggu lepas raya, kasi lepas ramadhan dulu. Amru pun masih dalam follow up Dr selepas operation buang BCG adenitis dia. Jadi elokkan postpone dulu hasrat. Harapnya bila dah masuk kerja nanti, i will be more ready to accept the workload of a houseman.. *tough*

I feel like writing again, but maybe this time i want to make my posts short, sweet and simple :-) (yeke?)

Well, let us see… Hehe
Rabbi yassir wala tu’assir

Cinta itu daripada Allah Ta’ala

بسم الله الرحمن الرحيم والصلاة والسلام على رسول الله

Ramadan hadir membawa pelbagai perasaan, kenangan dan memori.

kalau mereka yang belajar di mesir, pasti merasai kemanisan Ramadan dan indahnya berpuasa di bumi anbiya’ ini.. jauh berbeza berbanding Malaysia.

Ramadan kali ni, tak lagi di Shatby. kalau dulu merasa juga solat tarawih di Game’ Ibrahim yang jema’ahnya melimpah ruah sampai penuh jalan-jalan di sekitarnya. bagaikan lautan manusia.. atau kadang-kadang nampak macam semut-semut ketika bertebarannya manusia untuk pulang setelah selesai solat bersama. naik tram yang lazimnya seperti kura-kura tu terasa bagai siput! hehe.. kadang-kadang lebih selesa berjalan kaki je balik, rumah Shatby tak berapa jauh pun.

Walaupun solat kali ni di masjid yang dekat sahaja tapi Alhamdulillah, hikmah Allah tetap ada dan sarah nak kongsikan beberapa mutiara yang sempat dikutip untuk manfaat bersama insyaAllah.

antara 4 raka’at tarawih dan 4 raka’at seterusnya ada seorang akhawat arab yang bangun memberi tazkirah, mula-mula terkejut juga, macam marahkan seseorang.. tapi rupanya dia sedang memberi tazkirah dengan penuh lantang dia bersuara, laju sungguh tapi sempat sarah tangkap 2 hadis yang dikongsikan. atau mungkin yang membawa erti yang sama dengan apa yang telah dikatakan.

Hadis Cinta itu daripada Allah SWT.

عن أبي هريرة ـ رضي الله عنه 
قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “إن الله إذا أحب عبداً دعا له جبريل، عليه السلام، فقال: إني أحب فلانا فأحبه، قال: فيحبه جبريل، ثم ينادي في السماء فيقول: إن الله يحب فلانا فأحبوه، فيحبه أهل السماء، قال: ثم يوضع له القبول في الأرض

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, daripasa Nabi s.a.w, Baginda bersabda : “Apabila Allah mencintai seseorang hamba, Dia menyeru Jibril: “Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah kepadanya.” Lantas Jibril mencintainya, lalu Jibril menyeru di kalangan penghuni langit: “Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah kamu semua kepadanya.” Lalu semua penghuni langit mencintainy. Kemudian diletakkan untuknya penerimaan di kalangan penduduk bumi.” Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan al-Bazzar.

Hadis ni pernah kami serumah (bait ulfah) baca bersama ketika sharing malam-malam kami dari kitab Al-Adab- himpunan hadis-hadis adab dalam Islam. di sini sarah sertakan sekali huraian berkenaan dengan hadis ini.

Al-Bazzar meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda:

Tiada mana-mana hamba melainkan dia ada reputasi di langit. Jika reputasinya baik, ia diletakkan di bumi, Jika reputasinya buruk, ia juga diletakkan di bumi.

Melalui sanad Suhail daripada bapa beliau, at-Tarmizi dan Ibnu Abi Haitam menambah selepas lafaz di atas:

Kemudian Rasulullah s.a.w membaca firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَيَجْعَلُ لَهُمُ الرَّحْمَٰنُ وُدًّا   -سورة مريم ٩٦

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan yang Maha Merahmati akan menjadikan untuk mereka kasih sayang (antara mereka. Dengan kasih sayang itu, mereka saling berkasih sayang dan mencintai, serta mereka dikasihi Allah).

Muslim pula menambah dalam riwayat beliau:

Apabila Allah membenci seseorang hamba, Dia memanggil Jibril: “Sesungguhnya Allah membenci si fulan, oleh itu bencilah kepada dia.” Lalu Jibril membencinya. Maka Jibril menyeru di kalangan penghuni langit: “Sesungguhnya Allah membenci si fulan, oleh itu bencilah kepada dia.” Lalu semua penghuni langit membencinya. Kemudian kebencian kepadanya diletakkan di bumi.

Pengajaran yang menarik:

1) Allah memanggil hamba yang dicintaiNya dengan NAMAnya sendiri! sangat spesifik! dan bukan sekadar menyebut pangkat, jawatan atau pekerjaannya di dunia. dalam kita bergaul sesama manusia, memanggil seseorang dengan namanya sendiri menunjukkan keintiman.. mencipta ‘bonding’, malah dengan ‘patient’ sekalipun.

2) Kasih sayang dalam hati manusia adalah tanda kasih sayang Allah- kemahuanNya untuk memberi kebaikan pahala kepada hambaNya. Kasih sayang malaikat pula ialah mereka memohonkan ampun untuknya, mahukan kebaikan untuknya di dunia dan akhirat. dan kasih sayang hamba-hamba Allah kepadanya ialah kepercayaan baik mereka kepadanya dan kemahuan untuk menolak keburukan daripadanya.

3) maksud penerimaan yang disebut ialah penerimaan terhadap hamba tersebut dengan kasih sayang, kecenderungan hati dan keredhaan kepadanya

4) cinta terbahagi kepada 3:

  • cinta ketuhanan – Cinta Allah kepada hamba
  • cinta rohani – Cinta para malaikat kepadanya
  • cinta semula jadi – Cinta para hamba kepada hamba tersebut

5) Pentingnya doa dan membersihkan diri dengan istighfar , beramal soleh dan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan taqwa diri dalam hidup.. supaya kita menjadi hamba yang dicintai Allah.

6) Sebelum kita mencari cinta manusia, kita perlu cari Cinta Allah dahulu.. ;)

اللهم أني أسألك حبك وحب من يحبك وحب عمل يقربنى إلى حبك  

ada lagi satu hadis yang ukhti tu kongsi.. berkenaan kemurahan rezeki dengan sebab silaturrahim. sarah sambung lain kali insyaAllah.. :)

rindu sharing serumah kita dulu-dulu dengan shifa (mama), taqiah (kakak) dan afifah (nunu).. :) uhibbukum fillah~  <3

the departure

بسم الله الرحمن الرحيم والصلاة والسلام على رسول الله

i came across Dr Harlina Halizah Siraj’s beautiful words regarding the departure of Dr Lo’ Lo’, one of the famous Muslimah figure in Malaysia.. i’m not a keen reader of politics but yet i can’t deny that the news of her death did leave quite a mark inside.

it made me think, what have i done or rather what will i leave behind if one day Allah took my soul away. Dr Lo’ Lo’ had served her community, was brave enough to voice what is right, a sound Muslimah who serves as a role model to the people around her. and i end up thinking, will i be able to live up my life fighting in His cause? …… T_T

here i paste the words of Dr Harlina.. which made me tear a little.

Al-Fatihah for my dearest sister YB Dr Lo’ Lo’ Ghazali….

Last night at 10.38pm, 17 July 2011 – I was informed of the departure of a very beloved and dear sister, Dr. K.Lo’ Lo’ Ghazali.

I would like to extend my deepest condolences to her family members and PAS for the loss. In fact, Malaysia has lost one of the few `serikandi’ (outstanding women) today!

An exceptionally special and unique person, she had lived a very fulfilled life that made her name, which means `pearl’ in Arabic, glows forever in the hearts of everyone who have known her personally as well as those who have ever heard of her.

A dedicated servant of Allah, an ardent follower of Prophet Muhammad SAW, a special daughter and sister to her family, a loving wife to Prof Dr Aminuddin for more than 30 years, a wonderful mother to her children & grandchildren, a caring medical doctor whose healing hands had touched the lives of many, a committed politician who served her constituency with guts & determination, a very good & loyal friend, an outstanding Muslimah role model – those are merely a small fraction of what this pleasant woman had always been and will always be.

K.Lo’ Lo’, I am surely going to miss your beautiful smiles, sweet voice and soaring spirit. Yet I know, you will be looked after by Allah SWT now, who had been your only destination all these while.

K.Lo’ Lo’, I recalled how worried you were over the `little’ deeds that you could only manage to do – when I visited you three weeks ago. And I will always remember hugging you then, and whispered these words to your ear : ` Of course, it’s quite natural to feel that what you’ve done are not enough. But let me be your witness in front of Allah on the Day of Judgement, that you have done so much for so many people!’

Good bye my dear sister, for you deserve this ultimate rest and may you harvest all the fruits of your deeds. Jazakallah for everything that you have done. You had left behind a legacy for us to emulate and a benchmark quite challenging to match.

We are just waiting our turns to follow you – sooner or later.

I pray to Allah SWT to grant you with His Jannatul Firdaus.

I pray to Allah SWT to provide me strength to follow your footsteps in serving the ummah.

I pray to Allah SWT to bestow me with courage and determination which had been your trademark all thse while.

Till we see you again, in Jannah InsyaAllah – as neighbours, I hope and I pray….Amin

اللهم يرحمها ويصبر اهلها

 

pesan mama dan ibu..

masih terbayang lagi mama menangis teresak-esak selepas selamat sarah diijabkabulkan.. tak boleh bayang perasaan mama yang dalam masa seminggu, dua orang anak perempuannya selamat menjadi isteri.. :)

tapi, apa yang mama baba cakap?

“we’re not losing 2 daughters, in fact, we’re gaining 2 more sons!”

Subhanallah…

Alhamdulillah.. segala urusan Allah permudahkan. revolusi yang berlaku kat mesir hari tu, banyak sangat hikmahnya. dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita semua. kalau ikutkan perancangan asal, entah sempat entah tidak untuk buat segala persiapan kahwin. rupanya banyak jugak benda yang perlu dibuat, ingatkan mudah je.. :)

banyak yang mama baba pesan kat sarah and maryam.. tak lupa juga pesanan suruh jaga anak-anak dia dengan baik kepada menantu-menantu.. :)

ibu dan bapak juga banyak berpesan. dan antara yang ibu pesan waktu ‘couch-talk’ kami satu malam tu..

“jadikan dakwah aim utama dalam hidup.. dalam apa jua perkara yang kita nak buat”.

dalam kad hari lahir yang ibu hadiahkan waktu birthday hari tu, ibu tulis:

‘Jadilah isteri dan anak yang solehah. Jadikan pernikahan ini satu anugerah dari Allah, medan untuk menambah ilmu, iman dan amal. Bercita-citalah untuk melahirkan keluarga du’at insyaAllah..’

Alhamdulillah, Allah telah mempertemukan ikatan keluarga kami berdua. dan hanya Allah sahaja yang mampu melakukannya..

tidak salah berdo’a dari sekarang kepada mereka yang masih bujang. do’alah sekali supaya dapat keluarga dan mertua yang baik. tapi sementara menunggu, eloklah jika masa yang ada diisi dengan menyiapkan diri dan bermuhasabah. masa itukan kehidupan~ rugi jika dibazirkan dengan bermain-main cinta yang merosakkan.

Jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang mendo’akan.. semoga Allah memelihara kita semua dalam RahmatNya.. ameen.