pesan mama dan ibu..

masih terbayang lagi mama menangis teresak-esak selepas selamat sarah diijabkabulkan.. tak boleh bayang perasaan mama yang dalam masa seminggu, dua orang anak perempuannya selamat menjadi isteri.. :)

tapi, apa yang mama baba cakap?

“we’re not losing 2 daughters, in fact, we’re gaining 2 more sons!”

Subhanallah…

Alhamdulillah.. segala urusan Allah permudahkan. revolusi yang berlaku kat mesir hari tu, banyak sangat hikmahnya. dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita semua. kalau ikutkan perancangan asal, entah sempat entah tidak untuk buat segala persiapan kahwin. rupanya banyak jugak benda yang perlu dibuat, ingatkan mudah je.. :)

banyak yang mama baba pesan kat sarah and maryam.. tak lupa juga pesanan suruh jaga anak-anak dia dengan baik kepada menantu-menantu.. :)

ibu dan bapak juga banyak berpesan. dan antara yang ibu pesan waktu ‘couch-talk’ kami satu malam tu..

“jadikan dakwah aim utama dalam hidup.. dalam apa jua perkara yang kita nak buat”.

dalam kad hari lahir yang ibu hadiahkan waktu birthday hari tu, ibu tulis:

‘Jadilah isteri dan anak yang solehah. Jadikan pernikahan ini satu anugerah dari Allah, medan untuk menambah ilmu, iman dan amal. Bercita-citalah untuk melahirkan keluarga du’at insyaAllah..’

Alhamdulillah, Allah telah mempertemukan ikatan keluarga kami berdua. dan hanya Allah sahaja yang mampu melakukannya..

tidak salah berdo’a dari sekarang kepada mereka yang masih bujang. do’alah sekali supaya dapat keluarga dan mertua yang baik. tapi sementara menunggu, eloklah jika masa yang ada diisi dengan menyiapkan diri dan bermuhasabah. masa itukan kehidupan~ rugi jika dibazirkan dengan bermain-main cinta yang merosakkan.

Jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang mendo’akan.. semoga Allah memelihara kita semua dalam RahmatNya.. ameen.

About SarahR

a servant of Allah

4 thoughts on “pesan mama dan ibu..

  1. Entah ya sarah… pelbagai perasaan ma masa tu. Happy sedih takut dan mcm2 lagi la. Wlu apa pun ma yakin bahawa selagi kita letakkan Allah di atas segalanya dalam hidup kita maka kita x akan disia2kannya. Take care… may happiness be always be with both of you.

  2. hei..sorry…ibu baru jer baca this particular entry…Emm..quite touched…Betul macam kata mama tu.. Dan ibu yakin sarah n lah telah meletakkan niat yg betul dari awal lagi. Kita merancang dan berusaha, Masya Allah, Dia yang Maha Mengetahui telah mentakdirkan dan memudahkan segala2nya. Mudah2an itulah antara tanda2 keberkatanNya..amin..

    Sementara belum ada insan ke3 ni, ambillah peluang utk mengenali betul2 dan menerima kehadiran masing2 dgn penuh rasa syukur dan redha seadanya.Tapi sebenarnya it will take many years to come b4 u can claim that u really know ur partner!Dan semuanya akan baik2 aje dan indah bila kita can always relate things back to Allah, Insya Allah..

    Okla, tak sabar nak tengok u all balik. Until then, may Allah ease our affairs, all the best for u all punya final exams.Pls do well mcm aritu!! love u both, n take care..(btw bila agaknya kita nak dapat tengok insan ke3 tu ya kak Saba..,insya Allah one fine day…amin.)

    • Ibu, insyaAllah kami akan pegang pesan ibu tu betul2, moga2 dengan keberkatan doa ibu dan mama, kebahagiaan kami akan berkekalan hingga ke syurga insyaAllah.

      Whoa! Someone is already asking about grandchild! InsyaAllah ibu, when time is right, based on Allah Almighty’s planning for sure, because He always know what’s best for all of us. Allahumma amiin.

Leave a reply to abdullah Cancel reply